Follow | Dashboard

biography stuffies chingu(s) home entry

  



Older Post >>
Penat Yang Melimpah Ruah
Isnin, 4 Mac 2013 | 1 comments


hari ni ada kelas sejarah lepas waktu balik. sampai pukul 5! penat gila. mungkin sebab sekolah aku satu sesi aje kot. besok ada kelas kimia pulak. sampai pukul 4. paginya tak belajar sebab ada ceramah apa entah. jadi petang tu tak ada lah penat sangat. rabu pulak ada koko. balik 4.30. kadang-kadang pukul 5.00. khamis pulak kelas math. sampai pukul berapa tak pasti. jumaat pun tak ketinggalan. kelas add math pulak. wah! kalah PM kalau macam ni. aku rasa PM pun tak sesibuk ni.

aku rasa sebab ni lah ramai orang tak suka belajar. sebab penat. tapi kalau tak belajar tinggi-tinggi kita nak jadi apa. pekerja kilang atau lebih baik lagi kerani? gaji berapa aje. tu pasal aku nak belajar tinggi-tinggi. aku nak dapat gaji besar-besar. senang hidup. tak ada lah tinggi sangat. tapi cukup untuk buat aku bangga dengan diri sendiri. dapat diploma okay jugak kan? yang pasti bukan dalam bidang sains. kenapa? bidang sains sangat sukar. tapi kalau dah rezeki aku dekat situ. terima ajelah. redha lebih baik kan? *ceh, macam sadis benar ayat aku.